GREAT MOMENT IN 24HOURS.......

"I got no words to describe this beautiful moment. To all the guys. We ride. We stop. We sleep. We drink. We eat. We shit. We laugh. We smoke. We break. We speed up. We leaned. We care. We listen. We obey. We motivate. We smile. We respect. We compromise. WE SUCCEED." HAMKA...BMW



Friday, December 31, 2010

Metal Butt South East Asia Endurance 2010: @font-face { font-family: "Times";}@font-face { ...

Experience that you cannot get in 24 hours...
Metal Butt was created to you make something in your life...
See you on FEBRUARY 2011...

Rider: Hamoco
Bike: ZX 1000R
Club: Mysfit

Hari Jumaat 26hb November 2010, adalah hari yang aku nanti-nantikan selama dua minggu selepas aku membuat pendaftaran untuk menyertai 'Metal Butt South East Asia Endurance' di mana tahap ketahanan setiap penunggang akan tercabar selama 24 jam di atas motorsikal secara bersendirian dan bukan berkumpulan mengelilingi Malaysia tanahair ku.

Aku keluar dari rumah pada jam 4.20 petang, memanaskan enjin motorsikal Kawasaki ZX10r ('Dee') sambil berdoa kepada Allah agar perjalanan aku dirahmati dan meminta darinya agar segalanya rancangan aku ini berjalan lancar tanpa halangan dan pulangnya aku ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Perasaan membuak rasa tidak sabar membuku di dada. Setelah memakai segala kelengkapan dan keselamatan badan yang perlu, aku terus menunggang 'Dee' ke arah lebuhraya NKVE menuju ke Kuala Lumpur. Sedap bunyi ezos 'Dee'. Ia kelihatan dalam keadaan yang sempurna. Minyak perlu aku isi untuknya. Semasa aku sedang berhenti di Shell NKVE, kelihatan sahabat aku Capt Nazri tiba dgn BMW RT1200 bersama seorang pembonceng. Dia juga tidak ketinggalan menyertai acara yang sama. Naluri kami serupa....hahahaha. Tanpa berlengah, kami bergerak tepat pada jam 5.12 petang menuju ke arah tempat perhimpunan yang telah ditetapkan....KL Tower.

Jam 8.00 malam, keadaan di KL Tower penuh dengan rakan dan sahabat handai. Ini satu acara yang julung kali diadakan di Malaysia. Aku berkumpul dan berbual mesra dengan ahli kumpulan kelab aku, 'Mysfit Icon Bikers Malaysia' sambil menikmati hidangan lazat tajaan Syed Restoran. Sokongan dari ahli ‘Mysfit Icon’ berikan kepada aku, amat bermakna. Disamping itu juga aku sempat kenal mengenali penunggang-penunggang lain yang menyertai program ini.
Jam 9.15 malam, semua penunggang memeriksa motorsikal masing-masing dan membuat persiapan terakhir. Kesemua mereka sibuk memeriksa odometer motorsikal. 'Dee' mempamirkan bacaan 23,088. Aku sudah bersedia bersama 'Dee', inilah kali pertama aku akan bersama 'Dee' selama 24 jam mencari kepuasan sebagai penunggang.
Jam 10 malam, kami berlepas diiringi anggota-anggota Polis trafik bermotorsikal keluar dari Kuala Lumpur menuju ke lebuhraya NKVE, tidak ketinggalan mengiringi aku ialah ahli kelab aku dan juga kelab-kelab motorsikal yang lain. Hujan mula turun dengan lebatnya pada malam tersebut semasa di NKVE. Aku berteduh seketika di Shell Jalan Duta. Disini aku bersama Azman penunggang ‘Ducati’ Multi Strada dan kami mangambil keputusan untuk menunggang selama 24 jam bersama, sekurang-kurangnya berteman jika ada berlaku sesuatu yang tidak di ingini di dalam perjalanan jauh kami ini.
Hujan tidak reda lagi…, atas semangat yang ada, perjalanan harus di teruskan. Lebat sungguh hujan mala mini membasahi kuyup badan aku. Dengan kereta yang banyak di lebuhraya aku menunggang ‘Dee’ secara behati-hati pada kelajuan 140km/j, aku menuju ke Utara…Alor Star.
Pada awalan perjalanan aku ini, alhamdulillah….ia lancar. Keadaan ‘Dee’, baik. Aku kesejukan meredah hujan yang lebat. Jam 11.38 malam aku singgah di Tapah untuk memenuhi keperluan ‘Dee’, petrol. Aku memeriksa odometer pada bacaan 23, 253. Selepas mengisi petrol aku rehat seketika, api rokok aku nyalakan….mmmmm, puas rasanya. Mental dan fizikal aku seperti biasa.
Perjalanan aku teruskan dari Tapah hingga ke Gunung Semangol pada jam 12.57 pagi, tiba di Gurun pada jam 2.00 pagi. Semasa perjalanan di Gunung Semanggol-Gurun, hujan semakin reda. Syukur, aku sampai di Menara Alor Star pada jam 2.30 pagi. Bacaan odometer pada 23, 549. Pekene the tarik yang telah siap di bungkus untuk aku, aku mengalas perut dengan sebungkus roti berkrim….

Setelah mendapatkan tandatangan dari kakitangan di situ, sekali lagi, aku menunggang ‘Dee’ ke destinasi seterusnya…..Grik. Dari Alor Star aku menuju arah Sungai Petani/Baling. Petrol aku isi sekali lagi di Gurun sebab tidak mahu menyusahkan diri mencari petrol di kawasan pendalaman yang mungkin susah bagi aku.
Sesat aku dan Azman buat seketika semasa menuju ke Grik. Kami berpusing entah kemana. Nak tergelak pun ada…adoi. Pusing punya pusing sampai sampai terjumpa jirat Kristian di suatu kawasan pekan…hahahaha. Meremang sikit la tengkuk di buatnya. Nak ‘U’ turn pun kelam kabut jadinya, heeeee, tapi aku terteman. Setelah bertanya pada sebuah lori yang lalu di situ, akhirnya kami jumpa jalan menuju ke Grik. Gelap gulita arah ini…cuaca semakin sejuk, gigil aku. Mata aku mula rasa mengantuk, tapi aku bertahan. Kami tiba di Grik pada jam 5.00 pagi. Aku isi petrol untuk ‘Dee’. Bacaan odometer pada 23, 730. Setelah petrol diisi, aku bergerak menuju ke Jeli. Gelap gulita ya amat
jalan ni. Kanan Kiri depan belakang…hitam, keadaan pula makin sejuk apabila tiba di puncak. Aku menunggang penuh konsentrasi di jalan ini, lebih berhati-hati. Lebih kurang 40km sebelum Jeli, hujan turun lagi…gigil lagi aku, sehinggalah sampai di setesen petrol di Jeli. Badan aku mula merasa penat dan mengantuk. Disini aku rehat buat pertama kalinya…macam nak pengsan, tapi cabaran ini harus aku harungi walau macamana pun. Lebih kurang 20 minit di Jeli, aku teruskan juga perjalanan menuju Kota Bahru ke Kuala Terengganu. Badan terasa makin penat. Di Kuala Terengganu aku selamat sampai pada jam 10.30 pagi. Odometer pada bacaan 24, 058. Setelah petrol diisi, dgn pantas aku terus ke Gambang…’penat penat penat’ fikiran aku mula meracau. Petrol sudah hampir habis, keadaan ini menambahkan lagi kekacauan fikiran aku. Kiri kanan mencari petrol, menghampakan aku. Dengan kuasa Allah, alhamdulillah, petrol yang masih ada cukup untuk aku sampai di Gambang pada jam 1.40 tengahari pada bacaan odometer 24, 293. Fuhhh….lega aku. Perjalan tidak habis di sini, Pekan, Bandar Muadzam, Segamat, Tangkak adalah destinasi aku seterusnya. Dalam destinasi ini, mental aku mula meracau. Susah aku nak membuka mata, mengantuknya Ya Allah. Letih badan amat terasa, lebih-lebih lagi ‘Dee’ adalah sebuah motorsikal jenis ‘superbike’. Untuk perjalanan yang sebegini jauh jenis motorsikal dan posisi kedudukan badan amatlah penting. Cara menunggang ‘Dee’ adalah menunduk kehadapan. Aduh…penat bagai nak gila di buatnya pada saat ini. Keadaan jalan dalaman yang aku tempuh sungguh kurang selesa, banyak lopak dan tidak rata. Tapi lengkuk koner, memang terbaik. Bila badan sudah lesu, macamana nak layan. Mmmmm…kecewa, aku kecewa. perasaan ingin bepatah balik untuk terus ke Kuala Lumpur mula bermain-main di fikiran aku….’aku sudah tidak boleh tahan’. Bila pemikiran sudah meracau, jiwa kacau, keadaan memjadi tidak tentu arah. Aku hilang kesabaran hilang pertimbangan. Aku mula berzikir…membaca segala doa-doa yang aku tahu. Tidak lama kemudian, aku mula bercakap seorang diri. “Apa yang aku sudah buat?” “Apa yang ingin aku buktikan?” “Dah lah aku bayar wang pendaftaran RM350.00 untuk apa? Membodohkan diri sendiri?” “kenapalah penganjur memilih jalan yang sedemikan rupa?” “Kan bagus aku duduk di rumah menonton Astro”. Macam-macam persoalan bermain di minda, aku tensi tensi tensi tensi. Petunjuk jalan yang aku nanti kan ‘Lebuhraya Kuala Lumpur-Johor Bahru’ berkilometer banyaknya, tapi masih tidak kesampaian…..lagi membuat tekanan minda aku lebih teruk. Beberapa kali di sebabkan mengantuk, aku memakan jalan lawan arus, amat bahaya. Aku terpaksa berdegil, aku benggong……
Atas sokongan rakan aku, Azman, akhir tiba juga kami di Tangkak, kami rehat seketika. Aduh leganya rasa, lebuhraya hanya beberapa kilometer lagi. Aku tidak sabar. Aku dan Azman meneruskan perjalanan kami Tangkak-Air keroh-KL Tower. Kami selamat sampai di KL Tower tepat jam 8.40 malam pada bacaan odometer 24, 758. Aku disambut oleh rakan, sahabat handai, dan ahli-ahli kelab Mysfit Icon Bikers, yang menanti-nanti kepulangan. Syukur alhamdulillah kepada Allah. Segala doa-doa aku Allah perkenankan. Keletihan yang aku alami, hanya Tuhan yang tahu.

Aku melepek keletihan tapi merasa puas pada diri aku sendiri. Cabaran ini betul-betul menguji tahap kesabaran, minda, fisikal, kecekalan hati, degil, keupayaan diri dan motorsikal. ‘Dee’ sungguh menakjubkan. Sepanjang perjalanan aku, ‘Dee’ tidak menimbulkan apa-apa masalah besar mahupun kecil.

Untuk pengetahuan umum, ‘Dee’ adalah motorsikal berjenis superbike yang pertama sampai, and ‘Dee’ is the only superbike to arrive to KL Tower….

YouTube - BMW Motorcycle Trip & Iron Butt Ride to BMW Rally

YouTube - BMW Motorcycle Trip & Iron Butt Ride to BMW Rally